Pesta buku pupuk budaya membaca, cintai ilmu: Abu Bakar

Abu Bakar ketika program berkenaan.
Abu Bakar ketika program berkenaan.
A
A
A

LANGKAWI - Masyarakat diharapkan dapat mengambil manfaat daripada penganjuran pesta-pesta buku dalam usaha memupuk budaya membaca.

Setiausaha Politik Perdana Menteri, Abu Bakar Yahya berkata, aktiviti membaca akan menjadikan masyarakat lebih berkualiti, mempunyai kemahiran berfikir aras tinggi sekaligus mewujudkan masyarakat Malaysia yang lebih progresif pada masa depan.

"Saya fikir, semua rakyat tahu bahawa Malaysia dalam proses untuk menuju sebuah negara maju. Dalam usaha kita mengejar kemajuan itu, maka ilmu adalah kunci segala-galanya.

Setiausaha Politik Perdana Menteri, Abu Bakar Yahya menyampaikan cenderamata kepada salah seorang tetamu.
Setiausaha Politik Perdana Menteri, Abu Bakar Yahya menyampaikan cenderamata kepada salah seorang tetamu.

"Untuk mendapatkan bahan bacaan yang berkualiti bukan sahaja terhad di perpustakaan dan internet sahaja.

"Sebaliknya, penganjuran pesta buku juga boleh dimanfaatkan sepenuhnya masyarakat khususnya generasi muda untuk mendapatkan sumber-sumber bacaan yang bermakna,' katanya selepas merasmikan sebuah program di Kompleks Sukan Langkawi, di sini hari ini.