Tengku Muhammad Taufik terajui Petronas, Wan Zulkiflee ke MAB
A
A
A
SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan pelantikan Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin sebagai pengerusi baharu Malaysia Airlines Berhad (MAB).
Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz pula dilantik sebagai Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan baharu di syarikat Petroliam Nasional Berhad (Petronas). Kedua-dua pelantikan itu berkuat kuasa 1 Julai ini.
Muhyiddin berkata, kepimpinan dan sumbangan Wan Zulkiflee selama 37 tahun bersama Petronas berjaya mengekalkan Petronas sebagai salah sebuah syarikat kerajaan yang mempunyai kedudukan kukuh.
“Bagi pihak kerajaan Malaysia, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas kepimpinan dan sumbangan Wan Zulkiflee selama 37 tahun bersama Petronas. Beliau telah berjaya mengekalkan Petronas sebagai salah sebuah syarikat Kerajaan yang mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh dan ditadbir dengan cemerlang.
“Petronas juga adalah satu-satunya syarikat kerajaan yang mempunyai penilaian kredit antarabangsa yang baik dan masih tersenarai dalam Fortune Global 500. Saya percaya di bawah kepimpinan beliau, syarikat MAB akan dapat distruktur semula dan terus berkembang sebagai syarikat penerbangan nasional yang berdaya tahan dan mampan serta mempunyai tadbir urus yang baik,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.
Sementara itu mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, beliau yakin dan percaya dengan kemahiran dan pengalaman yang dimiliki oleh Tengku Muhammad Taufik menerajui Petronas ke mercu kecemerlangan.
“Saya percaya dengan kemahiran dan pengalaman yang dimiliki oleh Tengku Muhammad Taufik, beliau bersama Pengerusi sedia ada, Datuk Ahmad Nizam Salleh, akan dapat memimpin Petronas ke mercu kecemerlangan,” katanya.
Menurutnya, dalam suasana ekonomi yang mencabar sekarang, terdapat beberapa syarikat kerajaan yang perlu diperkukuhkan lagi bagi menghadapi norma dunia yang baharu.
Katanya, kerajaan dalam hal ini meneruskan usaha mengkaji semula kepimpinan syarikat-syarikat milik kerajaan bagi memastikan penyelarasan dasar dan pencapaian objektif sosio ekonomi negara.

Berjaya nafi ada rancangan buka kasino di Forest City
26 April 2024 05:48pm
Dana rakyat Malaysia bantu bekal air bersih kepada penduduk Afghanistan
26 April 2024 05:37pm
Gelombang haba bawa derita baharu dan risiko penyakit ke Rafah
26 April 2024 05:34pm
LIMA ‘25 pada 20-24 Mei 2025, ketengah kepentingan pemain industri
26 April 2024 05:27pm
Peniaga maut dibunuh sekumpulan lelaki berparang
25 April 2024 09:26pm
Indonesia hantar Korea Selatan pulang dari Qatar 2024
26 April 2024 06:57am
Akaun 3 KWSP untuk kecemasan, bukan beli telefon bimbit, sport rim mewah
26 April 2024 08:00am
Isu anak MB Perlis: 'Mohd Razlan tidak perlu terkejut'
25 April 2024 10:10pm