Berita tular PM sampai perutusan khas Isnin ini palsu

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin - Foto Bernama
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pejabat Perdana Menteri (PMO) menafikan bahawa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menyampaikan perutusan khas, Isnin ini.

Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dalam satu penafian berita tular memaklumkan hal itu dalam kenyataan berikut:

“Pejabat Perdana Menteri atau PMO menafikan pemakluman bahawa YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menyampaikan perutusan khas pada hari Isnin, 8 Jun 2020 jam 2.00 petang melalui RTM, BERNAMA, TV3 dan Astro.”

PMO menjelaskan bahawa berita palsu tersebut sedang tular di media sosial.- Bernama

Artikel Berkaitan: