Polis nafi kes culik bayi di Gombak

No Image Caption
A
A
A

GOMBAK - Polis menafikan berlakunya kes penculikan bayi berusia 12 bulan di daerah ini seperti yang tular di media sosial, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, pihaknya mengingatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan perkara yang tidak disahkan benar sebelum menyemak perkara tersebut.

Menurutnya, mesej sedemikian juga dinafikan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang selepas ia tular di daerah terbabit pada Januari tahun lalu.

"Perkara-perkara seumpama iniboleh mendatangkan kegusaran dan ketidaktenteraman di kalangan masyarakat.

"Justeru, tindakan boleh diambil di bawah Seksyen 233(3) Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 dan jika disabit salah boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, IPD Gombak telah mengesan mesej tular terbabit hari ini yang mendakwa sekiranya sebuah kereta jenis Proton Satria merah telah melarikan bayi berusia 12 bulan.

Mesej terbabit juga turut menyertakan nombor telefon individu untuk dihubungi selain mendakwa kejadian itu baru sahaja berlaku.

Artikel Berkaitan: