'Pengumuman rasmi peletakan jawatan Wan Zul akan dibuat jika ada'

Wan Zulkiflee - Foto internet
Wan Zulkiflee - Foto internet
A
A
A

KUALA LUMPUR - Syarikat minyak nasional, Petroliam Nasional Bhd (Petronas) enggan mengulas mengenai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin yang dikatakan meletak jawatan selepas lima tahun menerajui satu-satunya syarikat Malaysia yang tersenarai dalam Fortune 500.

Menjawab pertanyaan daripada Bernama, Petronas berkata, pihaknya tidak mengulas mengenai khabar angin atau spekulasi, ia sejajar dengan amalannya.

"Pengumuman rasmi, jika ada, akan dibuat pada masa yang sesuai," menurut Petronas dalam kenyataan kepada Bernama.

Menurut sumber, Wan Zulkiflee atau peletakan jawatan Wan Zul dijangka diumumkan tidak lama lagi, dan kedudukannya akan digantikan oleh calon dalaman.

Kontrak Wan Zul telah diperbaharui untuk tempoh tiga tahun mulai 1 April, 2018. Ia tidak jelas mengenai alasan Wan Zul memutuskan untuk meninggalkan Petronas yang beliau telah menghabiskan seluruh kerjayanya sejak 1983.

Berita mengenai kemungkinan peletakan jawatan beliau turut dilaporkan oleh beberapa media sejak semalam. - Bernama

Artikel Berkaitan: