Siapa ikon politik baharu itu?

Saifuddin ketika ditemu bual dalam program Sinar LIVE Khas di Kompleks Karangkraf, Shah Alam kelmarin.
Saifuddin ketika ditemu bual dalam program Sinar LIVE Khas di Kompleks Karangkraf, Shah Alam kelmarin.
A
A
A

AWANG ucapkan tahniah pada Datuk Saifuddin Abdullah yang mahu kita beralih kepada ikon politik baharu. Dalam wawancara eksklusif dengan akhbar ini, beliau berkata, lupakan Tun mantan Perdana Menteri dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sudah terlalu lama politik negara dipengaruhi personaliti yang sama. Memang Awang hormat pada Tuk Saifuddin sejak dulu.

Beliau memang berani cakap terus terang. Bila beliau kata kita perlu cari ikon politik baharu, Awang rasa semua orang politik harus ambil perhatian.

Kata Tuk Saifuddin lagi, beliau bukan menolak Tun mantan Perdana Menteri atau Tuk Seri Anwar. Tapi untuk ‘mencari cita dan citra’, lebih elok Malaysia mencari tokoh yang mempunyai dasar yang diperjuangkan, bukan personaliti, katanya.

Patutnya Tuk Saifuddin sebut juga siapa ikon baharu yang patut kita wujudkan itu. Awang percaya beliau tidak bermaksud Tan Sri Perdana Menteri, bosnya sekarang.

Beliau daripada generasi lama yang kalau ikut ukuran dah terbabit dalam macam-macam krisis dan pergolakan. Beliau tentulah sebahagian daripada struktur politik lama.

Awang tak pandai nak komen panjang hal ini. Ini perbahasan orang bijak-bijak bukan jenis penulis jalanan macam Awang. Tapi Awang rasa nak pilih ikon perlu juga kejujuran dalam berpolitik.

Politik perlukan orang yang pegang prinsip, bukan jenis sanggup melompat demi untuk kelangsungan nyawa politik mereka. Juga yang tak dilabel penghianat.

Artikel Berkaitan: