X

Kindly register in order to view this article
!

Hentikan #LathiChallenge, kata Dai Wan

Paparan Twitter Dai Wan berkaitan cabaran #LathiChallenge yang menjadi ikutan sesetengah masyarakat.
A
A

SHAH ALAM - Pendakwah bebas, Wan Dazrin Wan Din atau nama popularnya Dai Wan meminta masyarakat menghentikan cabaran #LathiChallenge kerana tarian dari budaya Jawa, didakwa ada unsur syirik dan khurafat.

Beliau berkongsi perkara itu di Twitter rasminya selepas melihat penularan video #LathiChallenge di media sosial yang turut membabitkan golongan artis.

"Sesungguhnya tarian-tarian yang kalian lakukan itu sangat merbahaya untuk dijadikan hiburan.

"Ketahuilah kalian tarian itu wujud dari sesetengah budaya Jawa yang syirik dan khurafat. Seperti memanggil kuntilanak serta roh kuda kepang. Tolong hentikannya!," ciapnya yang mendapat perhatian netizen.

Dai Wan menjelaskan video tersebut boleh mengancam jati diri seseorang Muslim.

"Hanya ALLAH SWT sahaja tahu apa yang terlintas dalam hati saya tadi bila tonton video #LathiChallenge. Sungguh ia memang menakutkan.

"Bahkan bukan menakutkan sahaja, hiburan seperti itu cukup mengancam jati diri seorang Muslim dengan bahayanya syirik dan khurafat yang wujud dari kepercayaan tarian tradisi sesetengah budaya Jawa, sangat kuat kepercayaan pada bomoh dengan ilmu hitam. Hati-hatilah kalian," ciapnya lagi.

Katanya, walaupun sekadar mendengar lagu yang dikatakan tidak membawa sebarang maksud tetapi tetap satu hiburan boleh melalaikan dan hukumnya makruh.

"Ada bertanya, apa hukum dengar lagu sedangkan lagu itu tak bawa maksud apa-apa yang mensyirikkan pun.

"Apa-apa sahaja hiburan yang melalaikan kita, yang boleh mempengaruhi perasaan dan diri kita. Ulama menghukumkan ‘Makruh’.

"Makruh itu tanda perbuatan tersebut patut dielakkan," ujarnya.

Sehingga kini, ciapan beliau dikongsi lebih 12,000 netizen yang turut berkongsi pendapat masing-masing.

"Alhamdulillah awak cakap pasal ni, saya fikir benda yang sama juga sebab setiap tarian digunakan untuk sesuatu," ciap @Aisyah38.

Kata @panjay pula, beliau tidak sependapat dengan Dai Wan berhubung cabaran #LathiChallenge yang didakwa ada unsur syirik.

"Maaf kalau ustaz rasa saya menentang ustaz tapi sebagai seseorang yang mempunyai saki baki darah jawa saya mengaku yang ini adalah salah satu cara untuk menyeru bagaimana pun tarian ini hanyalah tarian tradisional dan ia sendiri sedikit sebanyak mempunyai kebaikan dalamnya," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus