Fenomena belalai air di pesisir pantai Pontian

Belalai air muncul di kawasan pesisiran pantai di Pontian petang semalam.
Belalai air muncul di kawasan pesisiran pantai di Pontian petang semalam.
A
A
A

PONTIAN - Fenomena pusaran angin yang lebih dikenali sebagai belalai air muncul di kawasan pesisir pantai daerah ini sekitar jam 5 petang semalam.

Belalai air yang muncul di kawasan tersebut turut dirakam orang ramai dan tular di media sosial sejak petang semalam.

Penduduk, Mohd Ali Hamzah, 53, berkata, dia baru pulang membeli barang di sebuah kedai di Pusat Perdagangan Pontian atau Tambak sebelum terlihat kepulan angin seakan puting beliung kira-kira jam 5.15 petang

"Kawasan Tambak berdepan dengan laut, memang jelas nampak macam puting beliung.

"Saya terus beredar bimbang jika ia mendatangkan kejadian buruk," katanya.

Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mendekati kawasan belalai air kerana dibimbangi boleh mendatangkan bahaya.
Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mendekati kawasan belalai air kerana dibimbangi boleh mendatangkan bahaya.

Sementara itu, Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Daerah Pontian, Mohd Noorhafidzul Nordin berkata, belalai air yang muncul di kawasan tersebut merupakan fenomena yang berlaku di pesisiran pantai.

Beliau menasihatkan orang ramai tidak mendekati kawasan belalai air kerana dibimbangi boleh mendatangkan bahaya.

Artikel Berkaitan:

"Tiada sebarang kerosakan dan kemalangan jiwa dilaporkan berlaku akibat belalai air yang berlaku semalam," katanya.