X

Kindly register in order to view this article
!

Bapa kandung, ibu tiri disyaki bunuh anak disambung reman

Pasangan suami isteri yang ditahan bagi membantu siasatan kematian kanak-kanak tiga tahun.
A
A

KULIM - Pasangan suami isteri yang disyaki membunuh kanak-kanak berusia tiga tahun disambung reman sehingga 9 Jun depan bagi melengkapkan siasatan.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Mohd Yusuf Shaari berkata, polis menahan ibu tiri dan bapa kandung mangsa yang masing-masing berusia 34 dan 35 tahun pada 1 Jun lalu.

Beliau berkata, sebelum ini suami isteri berkenaan mengatakan kematian kanak-kanak lelaki itu akibat terjatuh dari katil.

Ibu tiri dan bapa kandung kanak-kanak tiga tahun direman bagi membantu siasatan.
Ibu tiri dan bapa kandung kanak-kanak tiga tahun direman bagi membantu siasatan.

Mohd Yusuf memberitahu, bapa mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Padang Serai mengatakan kanak-kanak itu pernah terjatuh dari katil dan kira-kira jam 6.40 pagi mangsa didapati tidak sedarkan diri.

Bagaimanapun, bedah siasat mendapati mangsa cedera di belakang dan tepi kepala, lebam pada belakang telinga, belakang badan, mulut, bibir dan dahi.

Menurutnya, mangsa juga dikatakan cedera di kepala kemungkinan akibat objek tumpul atau terhentak pada permukaan keras

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus