The Red Devils tagih sentuhan Pogba

Pogba
Pogba
A
A
A

TONGGAK Manchester United, Bruno Fernandes tidak meragui kualiti dimiliki Paul Pogba biarpun bintang Perancis itu sekadar melakukan tujuh penampilan bersama The Red Devils musim ini.

Fernandes berkata, Pogba terpaksa berdepan dengan masalah kecederaan jangka panjang sehingga menjejaskan peluangnya beraksi bersama skuad kendalian Ole Gunnar Solksjear.

“Jika Pogba sudah boleh kembali berlatih, ia satu perkhabaran baik. Semua pihak masih meletakkan harapan besar kepada Pogba kerana dia sememangnya pemain yang sangat bagus dan berkualiti.

“Kualiti dan pengalamannya amat diperlukan. Pengalaman ketika beraksi dalam Serie A cukup mematangkan corak permainan saya apabila berdepan pemain bernama Paul Pogba yang ketika itu bersama Juventus.

“Percayalah Pogba adalah lawan yang sukar diatasi sekiranya dia kembali berada pada prestasi terbaik kerana tenaga, kemahiran dan kualiti dimilikinya,” katanya yang pernah menyarung jersi Udinese.

Pada masa sama, Fernandes berharap Pogba akan kembali cergas dan boleh diturunkan beraksi menjelang saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) yang bakal bersambung semula pada 17 Jun ini.

“Sudah tentu kehadiran Pogba sesuatu yang amat diperlukan bagi mempertajamkan lagi bahagian serangan The Red Devils yang sebelum ini hanya berharap kepada gandingan pemain muda,” jelasnya.

Artikel Berkaitan: