Gara-gara menari, ketua hakim diminta letak jawatan

Aksi menari yang tular mendapat kecaman orang ramai.
Aksi menari yang tular mendapat kecaman orang ramai.
A
A
A

SHAH ALAM- Aksi tarian Ketua Hakim Negara Richard Malanjum, Peguam Negara Tommy Thomas dalam satu majlis, jelas menjadikan mereka benar-benar tidak profesional.

Pengerusi Pertubuhan Multaqa Asatizah dan Pendakwah Malaysia (Murshid), Dr. Zaharuddin Abdul Rahman berkata ini kerana ia jelas menunjukkan kelemahan Emotional Quotient (EQ), iaitu kepintaran dan kemampuan untuk mengenalpasti, menganalisa dan mengawal emosi (ability to identify, assess, and control the emotions of oneself) bagi kedua-dua mereka.

"Naiknya mereka atas pentas menunjukkan kurangnya kekecekapan mereka dalam menilai situasi, fakta dan elemen bermasalah di depan mata, lemah membaca persepsi, lemah dalam menilai risiko tindakan, itu akhirnya merendahkan kredebiliti insititusi kehakiman dan perundangan yang dipegang oleh mereka," katanya dalam satu kenyatan hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas tindakan Pertubuhan Undang-Undang Sabah (SLS) yang mempertahankan tindakan beberapa personaliti kehakiman dan perundangan negara yang menari di pentas program anjuran mereka kelmarin.

Kelmarin tular sebuah video yang memaparlan Richard Malanjum, Tommy Thomas dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Liew Vui Keong menari selain beberapa peguam yang dikenali seperti Siti Kasim dan Ambiga Sreevanesan menari di pentas acara berkenaan.

Mengulas lanjut, katanya tindakan mereka itu secara jelas mampu menghilangkan keyakinan awam terhadap keputusan mereka.

"JIka itu pun gagal dikenalpasti, bagaimana mungkin mereka cekap dalam menegakkan keadilan bagi negara dan teliti dalam semakan dan analisa setiap baris ayat dalam dokumen perundangan dan barang bukti," katanya.

Jelasnya lagi, kegagalan mereka mempertahankan persepsi positif terhadap insititusi yang diterajui kerana bercampur baur dengan hadirin termasuk ahli politik, mampu memberi prospek hubungan akrab yang boleh mencarik integriti di masa hadapan.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu tegasnya, kegagalan mengutamakan keperluan mengekalkan reputasi dan tanggungjawab jawatan akibat didorong oleh runtunan hati bagi melayani kerseronokkan, yang dilakukan di hadapan khalayak malah divideokan.

"Akhirnya, kedua mereka kelihatan gagal mendahulukan kepentingan jawatan yang dipegang lalu melayani keseronokan menenggelamkannya. Ini juga mencarik wibawa dan keyakinan rakyat," katanya.

Dalam pada itu katanya, melanggar artikel 8(1) dalam Kod Etika Hakim 2009 iaitu seseorang hakim hendaklah memastikan bahawa semua aktiviti luar kehakiman tidak - a) menimbulkan keraguan yang munasabah tentang keupayaan untuk bertindak dengan saksama sebagai seorang hakim dan banyak lagi.

"Justeru, sila letak jawatan," tegasnya.

[ARTIKEL BERKAITAN: Video tarian hakim, menteri cetus kebimbangan badan kehakiman]