Hanya 2 kes penularan tempatan libatkan rakyat Malaysia

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah pada sidang media harian berkaitan jangkitan COVID-19 di Kementerian Kesihatan. - Foto Bernama
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah pada sidang media harian berkaitan jangkitan COVID-19 di Kementerian Kesihatan. - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Tiada kematian berkaitan wabak koronavirus (Covid-19) direkodkan di Malaysia untuk 11 hari berturut-turut menjadikan jumlah kumulatif kekal 115 orang.

Kes baharu positif wabak itu juga turut menunjukkan penurunan ketara apabila hanya 20 kes sahaja dicatatkan hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia menjadikan jumlah kumulatif kes positif Covid-19 kini meningkat kepada 7,877 dengan 1,292 kes aktif dengan kebolehjangkitan.

"Ingin dimaklumkan daripada 20 kes baharu yang dilaporkan, 15 kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara di mana daripada lima kes penularan di dalam negara, tiga kes adalah bukan warganegara dan dua kes adalah di kalangan warga Malaysia.

"Sehingga kini, seramai enam kes positif Covid-19 sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) di mana daripada jumlah tersebut, dua kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya pada sidang akhbar situasi semasa jangkitan Covid-19 di kementeriannya di sini hari ini.

Dalam perkembangan sama, terdapat 66 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini.

Menurut Dr Noor Hisham, ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari Covid-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 6,470 kes atau 82.1 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

"Bilangan kes yang didiscaj hari ini adalah lebih dua kali ganda bilangan kes baharu yang dilaporkan," katanya.

Artikel Berkaitan: