X

Kindly register in order to view this article
!

Selangor Xtiv Virtual 2020 tarik minat belia

Exco Pembangunan Generasi Muda,Sukan dan Pembangunan Modal Insan Selangor Mohd Khairuddin (kiri) ketika perasmian 'Selangor Martial Art Xtiv Virtual 2020-SMXV20' dan 'Selangor Xtiv Virtual Run 2020' bertempat di Foyer SUK Tingkat Bawah, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini. - Foto Sinar Harian/ROSLI TALIB
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor melakar sejarah tersendiri apabila melancarkan penganjuran program Selangor Xtiv Virtual 2020, hari ini.

Exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan dan Pembangunan Modal Insan Selangor, Mohd Khairuddin Othman berkata, program tersebut merupakan usaha kerajaan Selangor menerusi Jawatankuasa Pembangunan Generasi Muda, Sukan dan Pembangunan Modal Insan Selangor memastikan setiap lapisan masyarakat khususnya golongan belia terlibat dalam aktiviti berfaedah di rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

"Program itu melibatkan penganjuran tiga sub program iaitu Selangor Xtiv Virtual E-Sport, Selangor Xtiv Virtual Run dan Selangor Martial Art Xtiv Virtual.

"Ketiga-tiga program itu menawarkan hadiah terkumpul berjumlah kira-kira RM431,000 termasuk wang tunai dan pelbagai hadiah menarik untuk dimenangi," katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar selepas majlis pelancaran program Selangor Martial Art Xtiv Virtual 2020-SMXV20 dan Selangor Xtiv Virtual Run 2020 bertempat di Foyer SUK Tingkat Bawah, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini.

Katanya, bagi penganjuran Selangor Xtiv Virtual E-sport, penganjurannya telah bermula sejak 4 Mei lalu dengan penyertaan lebih 20,000 peserta pelbagai peringkat usia.

Selangor melakar sejarah tersendiri apabila melancarkan penganjuran Program Selangor Xtiv Virtual 2020 hari ini. - Foto Sinar Harian/ROSLI TALIB
Selangor melakar sejarah tersendiri apabila melancarkan penganjuran Program Selangor Xtiv Virtual 2020 hari ini. - Foto Sinar Harian/ROSLI TALIB

"Program pertandingan permainan video secara dalam talian ini berlangsung sebanyak lapan fasa sehingga 31 Disember 2020.

"Dalam tempoh dua minggu program ini berlangsung, sebanyak 4,255 pasukan yang membabitkan 20,833 peserta berentap mengikut kategori permainan masing-masing," katanya.

Menurutnya, bagi program Selangor Xtiv Virtual Run iaitu program larian secara maya melibatkan lapan fasa dengan sasaran penyertaan seramai 16,000 peserta.

"Melalui program itu, peserta hanya perlu melengkapkan larian sejauh 10 kilometer di rumah masing-masing.

"Acara larian secara maya ini akan diteruskan menerusi fasa 2 bermula 1 Jun 2020 bertemakan #thankyoufrontliners sebagai menghargai jasa petugas barisan hadapan yang bertungkus-lumus memerangi wabak Covid-19 demi keselamatan kita," katanya.

Tambahnya, program ketiga adalah Selangor Martial Art Xtiv Virtual merupakan program bela diri virtual ini pertama kali dianjurkan di Malaysia.

"Program ini melibatkan seni silat, taekwondo, wushu dan silambam dan penyertaan bagi Selangor Martial Art Xtiv Virtual 2020-SMAXV20 terbuka kepada semua rakyat Malaysia serta untuk semua kategori peringkat umur.

"Program ini turut menawarkan hadiah terkumpul bernilai RM51,000 dan sijil penyertaan selain mensasarkan 2,000 penyertaan," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari.Langgan Sekarang!

Polisi Data Peribadi Karangkraf