X

Kindly register in order to view this article
!

Pembekal dikompaun RM50,000 jual ayam RM7.50 sekilogram

KPDNHEP Kuala Lumpur melakukan pemantauan dan pemeriksaan sepanjang tempoh PKPB bagi memastikan peniaga mematuhi peraturan yang ditetapkan.
A
A

KUALA LUMPUR - Sebuah syarikat di Kepong di sini dikompaun RM50,000, Sabtu lalu kerana menjual ayam melebihi harga kawalan ditetapkan.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kuala Lumpur, Ariffin Samsuddin berkata, operasi kira-kira jam 10.45 pagi itu mengesan kesalahan terbabit selepas pemeriksaan pada dokumen jualan (invois) syarikat itu.

Menurutnya, harga yang dikenakan kepada pelanggan adalah RM7.50 sekilogram iaitu lebih tinggi daripada harga kawalan maksimum yang ditetapkan iaitu RM6.70.

"Syarikat yang membekalkan ayam kepada peniaga di sekitar Lembah Klang itu telah dikompaun di bawah Peraturan 3 (1) Perintah Kawalan Harga (PHOPR) 1993.

"Kompaun tinggi dikenakan kerana ada peniaga yang masih gagal mematuhi undang-undang walaupun sentiasa diberi peringatan dan amaran," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebanyak 3,672 premis telah diperiksa oleh KPDNHEP Kuala Lumpur sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula 18 Mac hingga 31 Mei lalu.
Sebanyak 3,672 premis telah diperiksa oleh KPDNHEP Kuala Lumpur sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula 18 Mac hingga 31 Mei lalu.

Beliau berharap ia menjadi peringatan kepada peniaga lain supaya mengikuti arahan kerajaan berkaitan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan dan tidak mengambil kesempatan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini.

Dalam perkembangan lain, sebanyak 3,672 premis telah diperiksa oleh KPDNHEP Kuala Lumpur sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula 18 Mac hingga 31 Mei lalu, dengan 12 kes telah diambil tindakan membabitkan nilai kompaun keseluruhan sebanyak RM102,300.

Sementara itu, sebanyak 533 premis diperiksa dalam pemeriksaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Hari Raya Puasa 2020 iaitu melibatkan pasar raya, pemborong dan peruncit.

Ariffin berkata, pihaknya akan terus membuat pemantauan dan pemeriksaan.

"Orang ramai yang mempunyai sebarang aduan boleh salurkan melalui portal [email protected], Call Centre 1800 886 800, emel [email protected], aplikasi telefon pintar Ez ADU, Enforcement Command Centre (ECC) Putrajaya 03-8882 6245 / 6088 atau WhatsApp ke 019- 279 4317," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus