Liverpool fokus intensiti latihan

Klopp
Klopp
A
A
A

LIVERPOOL memberi fokus kepada meningkatkan intensiti latihan berbanding kecergasan pemain menjelang pertemuan menentang Everton pada 20 Jun - tiga hari selepas Liga Perdana Inggeris (EPL) dijangka bersambung semula.

Menurut pengendali The Reds, Jurgen Klopp, buat masa ini latihan setiap pemain lebih kepada meningkatkan tahap intensiti selepas saingan EPL ditangguhkan sejak 13 Mac lalu akibat koronavirus (Covid-19).

“Kami tidak fokus kepada aspek kecergasan sekarang sebaliknya memberi penekanan lebih kepada meningkatkan intensiti hari demi hari. Jadi dalam tempoh tiga minggu bermula sekarang, kami akan memanfaatkan kesempatan itu seumpama persiapan pada aksi pramusim.

“Kami juga tidak menjangkakan rehat panjang apabila saingan liga bersambung nanti, jadi ini sangat penting untuk membuat perancangan jangka panjang,” katanya.

Liverpool kini hanya memerlukan dua kemenangan untuk menjulang trofi EPL buat kali pertama selepas 30 tahun.

“Selama ini, kami tidak pernah sampai sembilan minggu tidak berlatih sepanjang hidup. Kini kami dapat berhubung serta mendapat reaksi yang lebih jelas,” katanya.

Artikel Berkaitan: