Pinda akta hukuman lebih berat terhadap pemandu mabuk: Puteri UMNO

Zahida Zarik Khan
Zahida Zarik Khan
A
A
A

SHAH ALAM - Puteri UMNO mendesak agar pindaan akta hukuman lebih berat terhadap pemandu mabuk sehingga menyebabkan kematian disegerakan tanpa menghiraukan sebarang tekanan daripada pihak tertentu terutama ejen DAP.

Ketuanya, Zahida Zarik Khan berkata, rakyat bimbang dengan keselamatan mereka walaupun sudah berwaspada di jalan raya.

Menurutnya, rakyat kini berada dalam perasaan sedih dan marah apabila satu demi satu kes kematian berpunca daripada pemandu mabuk.

"Ketika bulan Ramadan lepas, negara dikejutkan dengan terkorbannya seorang anggota polis, Koperal Safwan Muhammad Ismail yang bertugas dalam sekatan jalan raya.

"Hari ini seorang lagi insan tidak bersalah, penghantar makanan berusia 44 tahun maut selepas motosikalnya diseret sejauh dua kilometer.

"Adakah kita sanggup dengar berita kematian seperti ini setiap hari?" katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Puteri UMNO turut merakamkan salam takziah kepada ahli keluarga Mohamed Zaili Mohamed yang maut selepas motosikal ditunggang dirempuh sebuah kereta yang dipercayai dipandu lelaki mabuk pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 pagi di Lebuhraya Sultan Iskandar menghala ke ibu negara itu mangsa dalam perjalanan pulang selepas menghantar makanan yang dijual isterinya.

Artikel Berkaitan: