Wanita, Puteri UMNO jemput wakil pemimpin Kerajaan Perpaduan

Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman (dua dari kiri) hadir pada Perhimpunan Agung Pergerakan Puteri UMNO di WTCKL pada Khamis.
Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman (dua dari kiri) hadir pada Perhimpunan Agung Pergerakan Puteri UMNO di WTCKL pada Khamis.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ketika Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh secara lantang bertegas tidak mahu menjemput mana-mana pemimpin politik dalam Kerajaan Perpaduan hadir ke Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2023, lain pula pendirian bagi dua sayap parti berkenaan.

Pergerakan Puteri dan Wanita UMNO dilihat menjemput beberapa pemimpin Pakatan Harapan (PH) daripada DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (Amanah) sebagai tetamu khas pada perhimpunan sayap masing-masing.

Antara yang dilihat hadir dalam Perhimpunan Agung Wanita UMNO adalah Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Teo Nie Ching dan Ahli Parlimen Puchong, Yeo Bee Yin.

Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Teo Nie Ching hadir pada Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita UMNO di WTCKL pada Khamis.
Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Teo Nie Ching hadir pada Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita UMNO di WTCKL pada Khamis.

Sementara itu Timbalan Ketua Kepimpinan Jawatankuasa Eksekutif Pemuda DAP, Young Syefura Othman yang juga Ahli Parlimen Bentong dilihat hadir pada Perhimpunan Agung Puteri UMNO disamping Ketua Srikandi PKR, Anetha Pillai dan Ketua Wanita Muda Amanah, Nurthaqaffah Nordin.

Sebelum ini media melaporkan, Muhamad Akmal berkata keputusan tidak menjemput wakil mana-mana parti ke Perhimpunan Pemuda UMNO sempena PAU adalah kata sepakat semua barisan Exco dan Ketua Pemuda UMNO negeri.

Beliau berkata, pihaknya mahu 'memperbetulkan' dahulu apa yang berlaku di 'rumahnya' sebelum menjemput mana-mana parti.