X

Kindly register in order to view this article
!

Seorang banduan Sungai Buloh positif Covid-19

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan salah seorang banduan yang ditahan di Penjara Sungai Buloh positif koronavirus (Covid-19).
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan salah seorang banduan yang ditahan di Penjara Sungai Buloh positif koronavirus (Covid-19).

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, banduan terbabit bukan warganegara dan telah berada di sana sejak 2016 sebelum dimasukkan semula pada 13 Mac lalu serta kini didapati positif Covid-19.

Menurutnya, banduan tersebut telah dipindahkan ke Depoh Tahanan Imigresen Semenyih dan KKM kini sedang mengesan kontak rapat pesakit terbabit untuk disaring.

“Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Gombak akan melakukan saringan bukan sahaja terhadap kontak rapat banduan terbabit malah termasuk 700 kakitangan dan juga 800 tahan di Penjara Sungai Buloh.

“Jadi ini merupakan proses tindakan kita sekiranya ada individu yang dikesan positif Covid-19 di mana kita akan terus melaksanakan pengesanan kepada mereka yang terdedah kepada banduan tersebut termasuk kakitangan dan saringan sedang dijalankan,” katanya.

Dalam perkembangan yang sama, Dr Noor Hisham turut memaklumkan KKM telah mengesan dan mengasingkan 41 kontak rapat termasuk keluarga pelajar tahfiz yang disahkan positif Covid-19 di Perak semalam.

Menurutnya, pelajar yang berusia 15 tahun itu telah dikesan oleh KKM dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi ujian dan saringan terhadap golongan sasar iaitu pelajar sekolah tahfiz.

“Jadi kita melaksanakan ujian dan didapati positif. Apabila positif kita juga perlu saring keluarga terdekat dan kontak rapat pelajar tersebut.

“Kita telah asingkan 41 kontak rapat dan keluarga. Mereka telah ditempatkannya di Institut Awam di Sungkai, Perak dan walaupun negatif mereka tetap akan dikuarantinkan selama 14 hari.

“Pelajar tersebut telah dimasukkan ke hospital untuk diasingkan dalam tempoh 14 hari,” katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!