X

Kindly register in order to view this article
!

Penghantar makanan maut dirempuh pemandu mabuk

Seorang penghantar makanan maut selepas motosikal ditunggangnya dirempuh sebuah MPV di Lebuhraya Sultan Iskandar menghala pusat bandar, awal pagi tadi.
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang penghantar makanan maut selepas motosikal yang ditunggangnya dirempuh sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Nissan Grand Livina yang disyaki pemandunya mabuk dalam kejadian di Lebuhraya Sultan Iskandar menghala pusat bandar di sini, hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, dalam kejadian jam 1.30 pagi itu, mangsa, Mohamed Zaili Mohamed, 44, dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Bukit Antarabangsa selepas menghantar makanan yang diniagakan oleh isterinya.

“Sebuah MPV yang dipandu seorang lelaki berusia 21 tahun telah melanggar belakang motosikal jenis Honda EX5 yang ditunggang mangsa,” katanya melalui kenyataan hari ini.

Motosikal mangsa diseret sehingga bawah jejantas Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Titiwangsa.
Motosikal mangsa diseret sehingga bawah jejantas Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Titiwangsa.

Zulkefly berkata, akibat daripada perlanggaran tersebut, mangsa terbabas ke bahu jalan dan motosikalnya pula diseret kira-kira dua kilometer dari lokasi kejadian.

Katanya, mangsa cedera parah di kepala dan maut di lokasi kejadian.

“Pemandu MPV telah memberhentikan kenderaannya di bawah jejantas Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Titiwangsa setelah ditahan oleh orang awam.

“Dia dibawa ke Balai Trafik Jalan Tun HS Lee dan telah disaring ujian ‘Evidential Breath Analyzer’ (EBA), keputusan saringan mendapati kandungan positif alkohol dalam pernafasan lelaki itu,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1983.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus