Kes baharu positif Covid-19 di Batu Gajah

Gambar tular di media sosial menunjukkan petugas kesihatan membawa individu dipercayai positif Covid-19 ke hospital.
Gambar tular di media sosial menunjukkan petugas kesihatan membawa individu dipercayai positif Covid-19 ke hospital.
A
A
A

IPOH - Satu kes terbaharu melibatkan positif koronavirus (Covid-19) di Perak dikesan di Mukim Sungai Terap, Batu Gajah, hari ini.

Perkara itu dimaklumkan Jabatan Kesihatan Negeri Perak melalui hantaran di Facebook milik jabatan itu hari ini.

Menurutnya, kes tersebut dikesan susulan daripada aktiviti saringan bersasar bagi pelajar tahfiz.

Jelasnya, seramai 42 orang kontak rapat kepada kes terbabit telah dikenal pasti dan sebahagian telah dihantar ke pusat kuarantin, di sini.

"Pesakit yang positif dan seorang kontak rapat telah dimasukkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) kerana bergejala manakala 41 orang kontak rapat yang lain telah diasingkan di pusat kuarantin.

ARTIKEL BERKAITAN: Pondok tahfiz nafi jadi punca pelajar dijangkiti Covid-19

"Punca jangkitan masih dalam siasatan," jelas kenyataan itu hari ini.

Mukim Sungai Terap, Batu Gajah kini menjadi zon jingga susulan kes positif Covid-19 hari ini.
Mukim Sungai Terap, Batu Gajah kini menjadi zon jingga susulan kes positif Covid-19 hari ini.

Perak hari ini mencatatkan kes terbaharu selepas diisytihar kembali menjadi zon hijau pada 25 Mei lalu setelah Mukim Sitiawan bebas daripada sebarang kes aktif selepas 14 hari.

Artikel Berkaitan:

Terdahulu, sebuah pondok tahfiz di Batu Gajah menafikan dakwaan yang tular bahawa mereka punca penyebaran wabak tersebut.

Pada 10 Mei lalu, wabak Covid-19 kembali aktif di Perak apabila dua kes membabitkan dia beradik dikesan di daerah Manjung.

Gambar tular di media sosial.
Gambar tular di media sosial.