Pas akan pastikan PH terkubur di Kelantan

Che Abdullah (tiga kiri), memberi makan ikan Kelah dan ikan Koi yang diternak oleh Ab Aziz Al Safi di kediamannya di Pasir Tumboh hari ini.
Che Abdullah (tiga kiri), memberi makan ikan Kelah dan ikan Koi yang diternak oleh Ab Aziz Al Safi di kediamannya di Pasir Tumboh hari ini.
A
A
A
KOTA BHARU- Sekiranya Parlimen dibubarkan dan Pilihan Raya Umum (PRU) diadakan dalam masa terdekat, Pas Kelantan akan pastikan calon Pakatan Harapan (PH) yang bertanding hilang wang pertaruhan.

Setiausaha Pas Kelantan, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, seandainya benar PRU terpaksa diadakan Pas akan pastikan tidak akan ada lagi suara PH di Parlimen.

“Kalau betullah nak buat PRU, saya cukup yakin di Kelantan ini, Pas negeri akan pastikan PH hilang wang pertaruhan,” katanya kepada media hari ini.

Sebelum itu beliau yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II, melawat tapak penternakan ikan Kelan di Pasir Tumboh yang diusahakan oleh Perunding Kesihatan, Prof Dr Ab Aziz Al Safi Ismail.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau dan Alam Sekitar Kelantan, Mohd Saripuddin Tuan Ismail dan Ahli Dewan Udangan Negeri (ADUN), Datuk Mumtaz Md Nawi.

Mengulas lanjut, Che Abdullah juga Ahli Parlimen Tumpat berkata, dalam keadaan situasi terkini negara, beliau pasti yang PH mungkin tidak suka PRU diadakan.

“Sebenarnya dalam keadaan situasi negara kita ini sedang dilanda koronavirus (Covid-19) ini dan juga masalah politik berlarutan sejak PRU 14 lalu, saya yakin rakyat sendiri seboleh-bolehnya (mahukan) kerajaan yang mantap.

“Kebanyakan rakyat tidak mahu lagi melihat berlaku pergolakan politik di peringkat pimpinan negara yang akan menyusahkan rakyat,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Che Abdullah juga berkata, suasana dalam Parlimen akan berubah sekiranya dibenarkan bersidang sepenuhnya.
Artikel Berkaitan:


“Kerajaan di bawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin akan memberi ruang sepenuhnya untuk Ahli Parlimen berbahas dan mengemukakan masalah rakyat dan sebagainya.

“Bagi pihak kerajaan, kami bersedia untuk menjawab apa sahaja soalan yang dikemukakan oleh pihak pembangkang kita tidak ada masalah,” katanya.

Keterangan gambar

Che Abdullah (tiga kiri), memberi makan ikan Kelah dan ikan Koi yang diternak oleh Ab Aziz Al Safi di kediamannya di Pasir Tumboh hari ini.

-tamat-