X

Kindly register in order to view this article
!

Perlu tunggu selepas 30 Jun pecat Muhyiddin

Marzuki Yahya
Marzuki Yahya
A
A

SHAH ALAM - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) perlu menunggu selepas 30 Jun depan sekiranya berhasrat memecat Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada parti itu.

Pengerusi Bersatu Pulau Pinang, Datuk Marzuki Yahya yang mendakwa masih kekal sebagai Setiausaha Agung parti itu berkata, buat masa ini pihaknya masih belum menetapkan tarikh Mesyuarat Majlis Tertinggi memandangkan negara ketika ini berdepan pandemik koronavirus (Covid-19).

Menurutnya, berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) bahawa semua pertubuhan adalah dilarang daripada mengadakan sebarang program, aktiviti, persidangan, perhimpunan atau mesyuarat agung pertubuhan sehingga 30 Jun 2020 selaras dengan arahan-arahan yang telah dikeluarkan oleh kerajaan.

“Jadi kita tidak boleh buat sebarang mesyuarat dalam tempoh ini dan saya tak rasa benda ini perlu disegerakan.

“Begitupun apa yang menghairankan saya, bagaimana mereka boleh mengadakan mesyuarat untuk melucutkan keahlian Tun M dan juga empat lagi ahli Majlis Tertinggi Parti,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini, hari ini

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad yang mendakwa masih kekal sebagai pengerusi parti itu dan meminta untuk mengadakan sidang mesyuarat bagi memecat Muhyiddin pada sidang media di Ibu Pejabat Bersatu di Petaling Jaya semalam.

Pada sidang media itu juga, Dr Mahathir turut menegaskan bahawa Setiausaha Agung Bersatu masih dipegang oleh Marzuki, bukannya Datuk Seri Hamzah Zainudin, selain memecat Setiausaha Kerjanya, Kapten (B) Muhammad Suhaimi Yahya serta-merta dan digantikan oleh Timbalan Pengerusi Bersatu Kelantan, Datuk Sazmi Miah.

ARTIKEL BERKAITAN: Tun M pecat Suhaimi, lantik Setiusaha Kerja baharu

Terdahulu, Marzuki dipecat daripada jawatan berkenaan berkuat kuasa 18 Mac lalu dan surat pemecatan itu ditandatangani oleh Muhyiddin selaku Presiden Bersatu yang memaklumkan bahawa tindakan tersebut diambil selaras Fasal 13.9 perlembagaan parti.

Mengulas mengenai perkara itu, Marzuki berkata, beliau masih Setiausaha Agung Bersatu yang sah berdasarkan perlembagaan parti kerana pengerusi tidak bersetuju dengan pemecatan itu dan telah menjawab surat tersebut, selain Dr Mahathir juga menolak pelantikan Hamzah yang merupakan bekas ahli UMNO.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!