'Mahu lihat Tun M, Muhyiddin bersatu kembali'

Ahli Bersatu menyatakan sokongan terhadap kepimpinan yang dilucutkan keahlian mereka.
Ahli Bersatu menyatakan sokongan terhadap kepimpinan yang dilucutkan keahlian mereka.
A
A
A

PONTIAN - Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Pontian menyatakan sokongan terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad dan kesal dengan perlucutan jawatan bekas Perdana Menteri itu dan empat lagi pemimpin tertinggi parti itu.

Ketua Bahagian Bersatu Pontian, Senator Datuk Isa Hamid berkata, kesemua pemimpin dalam Bersatu perlu berbincang bagi mengelakkan krisis dalam parti.

Beliau berpandangan fasal 10.2.2 dan 10.2.3 Perlembagaan Bersatu telah disalah tafsir dan tidak boleh digunakan untuk melucutkan lima pemimpin terbabit.

Isa
Isa

"Kedudukan mereka di dalam blok pembangkang di Dewan Rakyat ada perkara berbeza dan tidak boleh dianggap sebagai menyertai parti lain.

ARTIKEL BERKAITAN: Keahlian terlucut serta-merta bukan dipecat: Muhyiddin

"Ini kerana keahlian parti dan keahlian Dewan Rakyat dua perkara berbeza. Maka fasal 10.2.3 tidak boleh dipakai dalam situasi ini.

"Sudah pasti kami di peringkat akar umbi mahu lihat Dr Mahathir dan Tan Sri Muhyiddin Yassin bersatu semula demi Bersatu yang amat kami sayangi ini.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu kenyataan Timbalan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Senator Md Nasir Hashim mendapat sokongan 10 ketua bahagian menyokong keputusan pelucutan Tun Dr Mahathir Mohamad dan empat lagi pemimpin tertinggi parti tidak boleh dianggap sebagai pendirian Bersatu negeri Johor.

10 Bahagian Bersatu Johor sokong pecat Tun M

Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Pontian, Matharuzaman Ahmad berkata Md Nasir sewajarnya tidak mendahului Ketua Bersatu Johor, Mazlan Bujang dalam membuat kenyataan melibatkan sokongan ketua-ketua bahagian Bersatu di negeri ini.

Matharuzaman
Matharuzaman

Katanya, tindakan tersebut hanya akan memecahbelahkan Bersatu Johor dan dilihat akan mewujudkan jurang perbezaan pandangan dalam kalangan kepimpinan tertinggi negeri, bahagian serta cawangan.

"Sepatutnya Mazlan Bujang yang beri kenyataan supaya akar umbi tidak tertanya- tanya tentang pendirian Bersatu Johor tentang krisis yang berlaku.

"Ini kerana dua pemimpin tertinggi Bersatu yang dipecat itu dari Johor iaitu Dr Maszlee dan Syed Saddiq," katanya.