Pelajar antara 30 ditahan sedang berhibur

Seramai 12 lelaki ditahan sedang berhibur di sebuah pusat hiburan di Ipoh. - Foto PDRM
Seramai 12 lelaki ditahan sedang berhibur di sebuah pusat hiburan di Ipoh. - Foto PDRM
A
A
A

IPOH - Seorang pelajar Tingkatan 5 antara 18 yang ditahan selepas menyertai parti persendirian di sebuah apartment di Meru Raya di sini awal pagi tadi.

Lelaki berusia 17 tahun beralamat dari Tasek Damai, Ipoh itu turut dikesan memiliki dua rekod lampau berkaitan dadah.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, individu berkenaan ditahan ketika sedang leka berhibur bersama 13 lelaki dan empat wanita lain dalam serbuan Op Covid/Noda itu.

"Setibanya pasukan Jabatan Siasatan Jenayah D7, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh di lokasi tersebut, kedengaran bunyi muzik kuat.

"Anggota bertindak memecahkan pintu selepas penghuni enggan bekerjasama dan cuba melarikan diri, namun gagal," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Seramai 18 individu termasuk seorang pelajar sekolah ditangkap mengadakan parti persendirian di sebuah apartmen di Meru Raya hari ini. - Foto PDRM
Seramai 18 individu termasuk seorang pelajar sekolah ditangkap mengadakan parti persendirian di sebuah apartmen di Meru Raya hari ini. - Foto PDRM

Menurutnya, kesemua suspek berusia 17 hingga 26 tahun itu ditahan selepas gagal memberikan alasan munasabah untuk melepak dan berhibur.

"Mereka didapati cuai dan melanggar Seksyen 267 Kanun Keseksaan dan Peraturan 7(1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020 serta gagal mengemukakan permit mengadakan pesta hiburan persendirian.

Artikel Berkaitan:

"Mereka direman selama tiga hari bermula hari ini dan ujian urin dilakukan selepas suspek mengaku ada mengambil dadah," katanya.

Dalam kes berasingan, A Asmadi berkata, polis turut menahan 12 lelaki sedang berhibur di sebuah pusat hiburan di Jalan Veerasamy di sini.

"Pemeriksaan sekitar jam 1.30 pagi itu mendapati kesemua lelaki berusia 22 hingga 52 tahun itu disyaki melanggar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

"Polis merampas dua salinan lesen Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dan tangkapan dibawa ke IPD Ipoh untuk tindakan lanjut," katanya.