Keadaan dia tak stabil tapi...: Nadzmi Adhwa

 Nadzmi Adhwa
Nadzmi Adhwa
A
A
A

PELAKON dan penyanyi Nadzmi Adhwa tampil memberikan nafas baharu terhadap single pertamanya dengan menampilkan sahabatnya, Ardell.

Menurut pelantun lagu berjudul Wanitaku yang dikeluarkan pada 2015 itu, ia diubah semula kerana menyifatkan pembikinan dahulu tidak sebaik sekarang dan banyak kekurangan.

Bahkan dalam penghasilan muzik video ini juga diarahkan sendiri oleh Nadzmi bersama tunjuk ajar pengarah @kasroshan.

"Harap usaha saya berbaloi. Dari mula rakam semula sampai habis shoot MV ni. Terlalu penat. Terima kasih kepda yang banyak membantu.

"You guys know who you are kisah dalam music video actually based on true story tapi saya tak potray apa situasi yang sebenar.

[ARTIKEL BERKAITAN: Nadzmi terharu terima kejutan hari jadi daripada Ardell]

"Situasi agak rumit untuk dikongsikan. Harap korang boleh terima Music Video saya dan lagu Wanitaku.

"Terima kasih kepada @ardellaryana sudi membantu dan menyanyi. Walaupun dia bukan seorang penyanyi. Kalau korang nak tahu masa recording lagu ni keadaan dia tak stabil tapi dia bantu juga saya," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

 Nadzmi Adhwa
Nadzmi Adhwa

Selain Ardell, Nadzmi turut berterima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan MV tersebut.

MV Wanitaku kini boleh ditonton menerusi saluran YouTube Official Music Video Nadzmi Adhwa feat Ardell Aryana.

Sehingga ini MV telah ditonton sebanyak 176,000 kali.