Bagaikan di Seoul tapi sebenarnya hanya di Melaka

Keindahan panorama di Taman Semabuk Perdana, Melaka Tengah bagaikan seolah-olah berada di Seoul, Korea Selatan. - Foto Facebook Skiddromance Picture
Keindahan panorama di Taman Semabuk Perdana, Melaka Tengah bagaikan seolah-olah berada di Seoul, Korea Selatan. - Foto Facebook Skiddromance Picture
A
A
A

MELAKA TENGAH - Keindahan panorama bunga mekar di Taman Semabuk Perdana, Melaka Tengah bagaikan seolah-olah berada di Seoul, Korea Selatan, menarik perhatian ramai pihak.

Perkongsian tular itu telah dimuat naik di akaun Facebook, Skiddromance Picture baru-baru ini yang memaparkan keindahan semula jadi bunga mekar berwarna ungu putih dikelilingi kehijauan yang ternyata memukau pandangan.

Ahmad Shahrin Syafeeq Ahmad Zamzuri, 29, yang memuat naik gambar tersebut mengakui ia adalah tulen dan bukannya disunting.

Keindahan lokasi berkenaan dipenuhi bunga mekar mencuri perhatian ramai. - Foto Facebook Skiddromance Picture
Keindahan lokasi berkenaan dipenuhi bunga mekar mencuri perhatian ramai. - Foto Facebook Skiddromance Picture

"Kawasan itu memang wujud, saya baru mengunjungi kawasan itu dua hari lalu.

"Bagaimanapun sekarang ini, tempat tersebut telah ditutup dan dijaga oleh Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia.

"Ramai telah berkunjung ke lokasi tersebut gara-gara sudah tersebar di laman sosial kerana masyarakat mahu melihat sendiri keindahan selain mengambil gambar," katanya kepada Sinar Harian.

Sebelum ini, Ahmad Shahrin memuat naik kiriman dengan kapsyen, "Kat Melaka ada Seoul? Taman 'Seoulmabok' Perdana. Antara lokasi dan pemandangan yang jarang dapat dilihat dengan keindahan bunga yang mekar."

Artikel Berkaitan: