Pas bangga anggota Amal tangkas selamatkan remaja hanyut

Razman (kanan) sempat melawat Nor Imran selepas kisah keberanian beliau selamatkan lima nyawa nyaris lemas semalam, tular di media sosial. - Foto pembaca
Razman (kanan) sempat melawat Nor Imran selepas kisah keberanian beliau selamatkan lima nyawa nyaris lemas semalam, tular di media sosial. - Foto pembaca
A
A
A

IPOH - Pas Perak bangga dengan keberanian seorang anggota Jabatan Amal Malaysia (Amal) Pas Kawasan Bagan Datuk berjaya menyelamatkan lima remaja hampir lemas dalam kejadian di tali air Jalan Bota Kiri- Ulu Dedap berhampiran Kampung Teluk Sena, Kampung Gajah di sini semalam.

Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria berkata, tindakan Muhammad Nor Imran Maula Abd Jalil, 31, berenang sendirian untuk menyelamatkan lima nyawa itu wajar dicontohi oleh masyarakat.

Menurutnya, beliau bersyukur apabila kejadian itu tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa.

"Sebagai anggota Amal, mereka sudah terlatih untuk bertindak termasuk latihan berenang dan menyelam. Kemahiran itu sedikit sebanyak dapat membantu kesemua mangsa itu.

"Kami bangga dengan keberanian yang ditunjukkan itu dan ia selari dengan slogan jabatan Amal iaitu 'Beramal Kerana Allah," katanya.

Razman turut menyampaikan sumbangan peribadi sebagai penghargaan ketika melawat guru Sekolah Rendah Agama Rakyat Parit 25 Baroh, Tanjung Bayan itu di kediamannya di Hutan Melintang hari ini.

Artikel Berkaitan: