Covid-19: 10 kes baharu, terendah sepanjang PKP

Dr Noor Hisham selepas sidang media harian berkaitan jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan. - Foto Bernama
Dr Noor Hisham selepas sidang media harian berkaitan jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan. - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Malaysia hari ini merekodkan 10 kes baharu wabak koronavirus (Covid-19) sekali gus menjadi angka terendah sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan 18 Mac lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kesemua kes baharu yang direkodkan itu merupakan penularan tempatan.

Menurutnya, penambahan 10 kes baharu itu menjadikan jumlah kumulatif positif Covid-19 di Malaysia meningkat kepada 7,629 kes.

"Dimaklumkan bahawa kesemua 10 kes baharu yang dilaporkan adalah penularan tempatan di mana lima kes adalah bukan warganegara Malaysia.

"Tiada kes import yang mendapat jangkitan di luar negara," katanya pada sidang media situasi semasa jangkitan Covid-19 di kementeriannya di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata, jumlah kes sembuh meningkat kepada 6,169 atau 80.9 peratus daripada jumlah keseluruhan kes selepas 86 kes pulih direkodkan hari ini.

"Setakat dilaporkan hari ini, lapan kes positif Covid-19 sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, empat kes memerlukan bantuan pernafasan.

"Tiada kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan hari ini dan jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia kekal sebanyak 115 kes," katanya.

Artikel Berkaitan: