X

Kindly register in order to view this article
!

Hanya sebuah rumah di satu lot tanah kediaman: Wan Junaidi

Wan Junaidi
A
A

KUCHING - Penduduk di kawasan Parlimen Santubong yang telah diberikan lot tanah kediaman diminta untuk membina hanya sebuah rumah sahaja bagi memudahkan urusan pentadbiran dan atas faktor keselamatan, kata Ahli Parlimen kawasan itu, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar hari ini.

Wan Junaidi yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi berkata, pembinaan lebih daripada sebuah rumah di atas satu lot tanah akan menimbulkan masalah khususnya dalam mendapatkan Lesen Pendudukan Sementara (TOL) atau geran tanah.

“Ini juga adalah salah satu syarat kerajaan. Kita (kerajaan negeri) tidak mahu penduduk membina rumah terlalu berdekatan antara satu sama lain atas faktor keselamatan. Jika berlaku kebakaran, ia tidak mudah merebak ke rumah yang lain,” katanya kepada pemberita di Kampung Muara Tebas, di sini hari ini.

Menurutnya, banyak lagi kawasan penempatan semula akan diwujudkan di kawasan Muara Tebas, Bako dan Buntal dalam Parlimen Santubong bagi membolehkan kawasan perkampungan sedia ada yang sudah padat disusun semula supaya lebih selamat.

Terdahulu, beliau menyerahkan sumbangan wang tunai RM3,000 dan bantuan Zakat Bank Rakyat kepada Abu Bakar Ja, 68, seorang nelayan yang hilang tempat tinggal setelah kediamannya yang turut diduduki sembilan ahli keluarganya yang lain musnah dalam kebakaran pada Sabtu lepas. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus