X

Kindly register in order to view this article
!

Kuasa tular, penyapu lidi habis terjual

Paparan Twitter Nur Amirah tular di laman sosial.
A
A

KUANTAN - Ciapan pelayar Twitter meminta pertolongan kepada orang ramai untuk membeli penyapu lidi susulan hasil kerja tangan neneknya kurang mendapat sambutan semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) membuahkan hasil.

Gadis yang hanya mahu dikenali sebagai Nur amirah, 25 tahun, itu berkata, ketika menziarahi neneknya semasa Hari Raya Aidilfitri, dia ternampak 70 ikat penyapu lidi milik neneknya yang tidak terjual dan diletakkan dalam sebuah bilik.

"Nenek saya ni memang suka raut lidi tapi sekadar suka-suka sahaja di kampung. Biasanya penyapu lidi ini dijual di pasar tani tetapi PKPB ini, dah tak boleh jual kerana pasar tani tutup.

"Tapi nenek saya masih lagi raut lidi tu sebab sayang tengok pelepah kelapa terbiar. Daripada duduk sajam baik nenek raut lidi," katanya kepada Sinar Harian

Melihat kesungguhan nenek berusia 79 tahun itu, akhirnya Nur Amirah menggunakan platform laman sosial untuk menjual penyapu lidi tersebut.

"Nenek cakap jual sahaja dari terbiar lama, bimbang reput. Jadi saya pun uarkan di Twitter.

"Tak sangka ramai yang kongsikan ciapan itu, yang nak sedekah pun ada. Tapi niat asal saya hanya mahu habiskan stok penyapu lidi dan menggembirakan hati nenek," katanya.

Dalam pada itu, Nur Amirah menzahirkan ucapan terima kasih kepada pelayar Twitter kerana kesemua 70 ikat penyapu lidi berharga RM3 seberkas telah habis terjual dalam tempoh sehari.

"Semoga murah rezeki sesiapa yang membeli," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!