Bersatu letak calon wanita tanding di Semenyih?

Rina (tengah) ketika bercakap pada sidang media, hari ini.
Rina (tengah) ketika bercakap pada sidang media, hari ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ketua Srikandi Bersatu, Datuk Seri Rina Mohd Harun tidak menolak kemungkinan akan mencadangkan calon wanita untuk mewakili PH pada PRK Dun Semenyih, 2 Mac nanti.

Menurut Ahli Parlimen Titiwangsa itu lagi, berdasarkan peratusan pengundi wanita dan lelaki yang sama rata, adalah wajar untuk calon wanita turut diberikan peluang.

Bagaimanapun beliau menyerahkan sepenuhnya kepada pucuk pimpinan tertinggi PH untuk menentukan calon yang layak untuk mewakili parti pada PRK itu nanti.

"Setakat ini kita (PH) belum mengadakan mesyuarat (berhubung cadangan calon PRK Semenyih).

"InsyaA-LLAH (kita akan cadang nama calon wanita). Kita akan tunggu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika hadir pada Program Dialog Bersama Usahawan Wanita Malaysia 'Wanita Pemacu Ekonomi Negara' di Hotel Premeira, di sini, hari ini.

Menurutnya lagi, siapa pun calon yang akan diberi kepercayaan oleh parti untuk bertanding di kerusi Dun itu nanti, Srikandi tetap memberi sokongan penuh.

"Jentera (Srikandi) kita juga bersedia untuk digerakkan bagi memastikan kerusi Dun Semenyih dapat dipertahakan dan kekal dipegang PH.

Artikel Berkaitan:

Dalam lima siri PRK sebelum ini termasuk di Cameron Highlands, kesemua calon yang ditampilkan PH terdiri daripada lelaki.

PRK Semenyih diadakan selepas Adun kawasan itu, Bakhtiar Mohd Nor, 57, meninggal dunia , 10 Januari lalu akibat serangan jantung.

[ARTIKEL BERKAITAN: Adun Semenyih meninggal dunia]

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh penamaan calon pada 16 Februari ini dan hari mengundi pula pada 2 Mac depan dengan tempoh kempen selama 14 hari.