X

Kindly register in order to view this article
!

29 individu ditahan berhibur, minum arak

29 individu ditahan ketika berhibur di Ipoh semalam. Foto: pembaca
A
A

IPOH - Seramai 29 individu termasuk seorang remaja perempuan berusia 19 tahun ditahan ketika sedang berhibur di sebuah pusat hiburan di Jalan Lau Ek Ching di sini semalam.

Kesemua 26 lelaki dan tiga wanita berusia 19 hingga 35 tahun itu ditahan pihak berkuasa pada jam 9.30 malam.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abd Aziz berkata, mereka yang disyaki pelanggan premis tersebut ditahan ketika sedang leka menikmati minuman keras.

“Ketika serbuan, polis mendapati pintu ditutup dari dalam dan mengetuk beberapa kali sebelum dibuka oleh seorang lelaki yang mengaku penjaga premis tersebut.

“Pemeriksaan lanjut dijalankan mendapati terdapat 25 lelaki dan tiga wanita disyaki pelanggan premis tersebut sedang asyik minum,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, kesemua mereka memberi alasan tidak munasabah bahawa datang ke premis itu untuk minum minuman keras.

“Mereka menyatakan tidak tahu bahawa pusat hiburan masih tidak boleh beroperasi dan sebarang aktiviti berkumpul di dalam pub adalah tidak dibenarkan.

“Mereka yang ditahan telah ditempatkan di lokap akan direman hari ini,” katanya.

Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Peraturan 15(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!