X

Kindly register in order to view this article
!

38 ditahan ambil gambar bunga teratai

A
A

MELAKA - Seramai 38 individu termasuk tiga bayi dan enam kanak-kanak ditahan kerana berhimpun untuk mengambil gambar pemandangan bunga teratai di kawasan kolam tadahan banjir di Taman Semabok Perdana dalam Ops Covid-19 dan Cegah Jenayah Hari Raya Aidilfitri 2020 di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, dalam operasi kira-kira 12 tengah hari semalam mereka yang ditahan terdiri daripada tiga bayi, enam kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah, 18 tahun ke bawah (dua orang), 19 tahun hingga 55 tahun (20 orang) dan 55 tahun ke atas (tujuh orang).

Beliau berkata, daripada jumlah yang ditahan itu, 20 individu dewasa dikompaun RM1,000 setiap seorang di bawah Peraturan 7(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (No 6) 2020 dan hukuman di bawah Peraturan 15(1) peraturan yang sama.

"Tindakan dilakukan berdasarkan maklumat bahawa terdapat orang awam sedang mengambil gambar berlatar belakang pemandangan bunga teratai di kolam tadahan banjir tersebut dan tidak mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Kementerian Kesihatan.

"Semua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah untuk tindakan selanjutnya termasuk kompaun ke atas 20 individu dewasa terbabit," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!