Jenazah Ahmad A Talib selamat dikebumikan

Anak bongsu kepada Tokoh Wartawan Allahyarham Datuk Ahmad A Talib, Syahrisyawal Ahmad mengimamkan solat jenazah ayahnya di Masjid Al-Muqarrabin Bandar Tasik Selatan malam ini. - Foto Bernama
Anak bongsu kepada Tokoh Wartawan Allahyarham Datuk Ahmad A Talib, Syahrisyawal Ahmad mengimamkan solat jenazah ayahnya di Masjid Al-Muqarrabin Bandar Tasik Selatan malam ini. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jenazah tokoh wartawan negara, Datuk Ahmad A Talib selamat dikebumikan di Taman Perkuburan Raudhatul Sakinah, Kem Perdana Sungai Besi di sini malam ini.

Terdahulu jenazah Ahmad, 68, tiba Masjid Al-Muqarrabin, Bandar Tasik Selatan kira-kira jam 7.40 malam untuk dimandikan dan dikafankan seterusnya disolatkan.

Solat jenazah diimamkan anak bongsu Allahyarham, Al-mu Syarisyawal Ahmad dan turut disertai Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah serta ahli keluarga Allahyarham.

Solat jenazah dilaksanakan mengikut prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) termasuk pemakaian topeng muka serta jarakan sosial antara jemaah.

Sejurus solat jenazah selesai, jenazah dibawa ke tanah perkuburan dan difahamkan hanya ahli keluarga terdekat dibenarkan berada di kawasan perkuburan bagi urusan pengebumian.

Allahyarham disahkan meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada jam 5.42 petang tadi selepas bertarung dengan kanser hati.

Berita sedih pemergian bekas Pengarah Operasi Berita dan Editorial Kumpulan Media Prima Bhd (MPB) itu, dikongsikan oleh anak perempuan Allahyarham, Sophia Ahmad menerusi catatan di laman Facebook beliau. - Bernama

Artikel Berkaitan: