Kelantan benarkan makan dalam kedai, restoran esok

Orang ramai dibenarkan makan di dalam kedai atau restoran bermula esok tetapi perlu mematuhi SOP yang telah ditetapkan. (Gambar kecil: Jefny Muhammad)
Orang ramai dibenarkan makan di dalam kedai atau restoran bermula esok tetapi perlu mematuhi SOP yang telah ditetapkan. (Gambar kecil: Jefny Muhammad)
A
A
A

KOTA BHARU - Penduduk di Kelantan dibenarkan untuk makan di dalam kedai atau restoran bermula esok meskipun Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) masih berjalan.

Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Kelantan, Jefny Muhammad berkata, keputusan itu dicapai hasil Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri (JKKN) Khas Negeri yang berlangsung pada 19 Mei lalu.

"Peniaga perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan semasa mengendalikan premis masing-masing.

"Pematuhan ini seperti menyediakan cecair pembasmi kuman, penjarakkan sosial dan semua pekerja termasuklah pelanggan memakai pelitup muka," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Menurutnya, premis perniagaan dibenarkan beroperasi seawal jam 7 pagi hingga 10 malam sahaja.

Katanya, apa yang diputuskan ketika mesyuarat itu mengikut garis panduan sebagaimana telah ditetapkan oleh pihak kerajaan.

Sebelum ini, kerajaan negeri hanya membenarkan restoran dan kedai makan beroperasi untuk pembelian secara bungkus sahaja.

Artikel Berkaitan: