Wanita mabuk jatuh dari tingkat lapan

Detik mencemaskan wanita nyaris maut jatuh dari tingkat lapan kerana mabuk. - Foto Shanghaiist
Detik mencemaskan wanita nyaris maut jatuh dari tingkat lapan kerana mabuk. - Foto Shanghaiist
A
A
A

JIANGSU - Seorang wanita mabuk nyaris maut apabila kakinya tersangkut pada ampaian pakaian setelah terjatuh dari tingkat lapan di sebuah kediaman di bandar Jiangsu, Yangzhou di sini.

Lapor Shanghaiist, detik mencemaskan itu dirakam oleh jiran yang tinggal bertentangan kediaman itu sebelum tular di laman sosial.

Dalam rakaman video durasi satu minit menunjukkan wanita berkenaan tergantung dari ampaian pakaian yang sudah bengkok.

"Wanita itu terjatuh dari tingkat lapan namun kakinya tersangkut di ampaian pakaian dalam keadaan kepalanya di bawah.

"Cemas melihat keadaan itu, jiran segera menghubungi kakitangan pengurusan kediaman sebelum bergegas ke lokasi untuk membuka kunci pintu rumahnya.

"Seorang lelaki telah berjaya menarik wanita itu menerusi tingkap. Siasatan lanjut, disahkan wanita itu mabuk. Dia dipercayai tersadung kaki kemudian tercampak keluar dari tingkapnya," katanya.

Artikel Berkaitan: