Bukan kena tinggal, tapi ikut nenek keluar

Dua kanak-kanak dihantar orang awam ke IPD Temerloh selepas ditemui merayau tanpa penjaga.
Dua kanak-kanak dihantar orang awam ke IPD Temerloh selepas ditemui merayau tanpa penjaga.
A
A
A

TEMERLOH- Dua kanak-kanak perempuan berusia 3 dan 4 tahun yang ditemui merayau di kawasan sebuah restoran makanan segera di bandar Temerloh petang semalam bukan sengaja ditinggalkan keluarga seperti didakwa sesetengah pihak.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Yusri Othman berkata, kanak-kanak tersebut merupakan sepupu dan mereka sebenarnya tinggal bersama keluarga di rumah pangsa berdekatan dengan kawasan itu.

Menurutnya, kira-kira jam 7.15 petang hari berkenaan, nenek dua kanak-kanak itu ke bank berdekatan untuk mengeluarkan wang tanpa menyedari dua cucu perempuannya itu mengekori dari belakang.

Dua kanak-kanak itu diserahkan kepada ibu masing-masing yang datang mengambil anak mereka selepas berjaya dihubungi.
Dua kanak-kanak itu diserahkan kepada ibu masing-masing yang datang mengambil anak mereka selepas berjaya dihubungi.

"Bagaimanapun kanak-kanak ini tidak menuju ke arah wanita itu sebaliknya merayau-rayau ke restoran makanan segera yang letaknya kira-kira 50 meter dari bank.

"Orang awam yang melihat kanak-kanak itu merayau-rayau tanpa penjaga membawanya ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh untuk mendapatkan bantuan mengesan keluarga selain atas faktor keselamatan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Mohd Yusri berkata, pada hari sama, kira-kira jam 8.42 malam, ibu kanak-kanak itu berjaya dihubungi dan datang ke IPD Temerloh untuk mengambil anak masing-masing.

Artikel Berkaitan: