Hadi turun Cameron Highlands esok

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang
A
A
A

GOMBAK - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memaklumkan beliau akan turun membantu kempen BN di Cameron Highlands, esok.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas ditanya adakah Pas akan terus berkempen di Cameron Highlands selepas ini.

“Dah terang-terangan Pas turun berkempen. Selepas ini akan ada banyak lagi.

[ARTIKEL BERKAITAN: Pas persoal kenapa fail saman ketika kempen PRK Cameron Highlands]

“Insya-ALLAH saya akan pergi esok,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Seminar Sejarah Pas di Taman Melewar, di sini, hari ini.

Sebelum ini, Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sudah turun ke Cameron Highlands malah bersua muka dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad.

Difahamkan, Abdul Hadi akan turun berkempen di Sungai Koyan dan pada malamnya, beliau akan menghadiri ceramah perdana, sepentas bersama BN.

Artikel Berkaitan: