X

Kindly register in order to view this article
!

Covid-19: Arab Saudi longgar sekatan kecuali Makkah

Sekatan akan ditamatkan dalam tiga fasa dan ditarik sepenuhnya mulai 21 Jun ini kecuali di kota suci Makkah.FOTO: AFP
A
A

RIYADH - Arab Saudi akan mula mengurangkan sekatan pergerakan dan perjalanan minggu ini, selepas lebih dua bulan langkah-langkah ketat diperkenalkan untuk mengekang penyebaran koronavirus (Covid-19).

Sekatan akan ditamatkan dalam tiga fasa dan ditarik sepenuhnya mulai 21 Jun ini kecuali di kota suci Makkah.

Ziarah Haji dan Umrah yang menarik berjuta-juta umat Islam dari seluruh dunia akan ditangguhkan sehingga diberitahu kelak.

Fasa pertama, bermula pada Khamis ini yang menyaksikan perintah berkurung 24 jam akan dikurangkan dan dilaksanakan bermula dari jam 3 petang hingga 6 pagi (waktu tempatan) di seluruh negara.

Pergerakan bebas antara wilayah dan beberapa aktiviti runcit dan borong, termasuk pusat membeli-belah akan dibenarkan untuk disambung semula.

Mulai Ahad ini, pergerakan bebas akan dibenarkan antara jam 6 pagi hingga 8 malam, lapor Saudi Press Agency.

Penerbangan domestik akan dibenarkan untuk beroperasi semula, tetapi larangan penerbangan antarabangsa akan tetap ada.

Masjid dibenarkan mengadakan solat sekali lagi, tertakluk kepada langkah penjarakkan sosial dan kebersihan kecuali di Makkah.

Kakitangan sektor awam dan swasta akan dibenarkan kembali bekerja di pejabat.

Perhimpunan sosial lebih daripada 50 orang masih akan dilarang, termasuk majlis perkahwinan dan pengebumian.

Warganegara masih diminta memakai topeng muka di tempat awam dan meneruskan langkah-langkah kebersihan dan jarak sosial selepas 21 Jun.

Arab Saudi setakat ini mencatat 74,795 kes Covid-19 dengan 399 kematian.

Lebih daripada 2,000 kes masih dilaporkan setiap hari. - Agensi


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!