X

Kindly register in order to view this article
!

Aligator era Perang Dunia Kedua mati

Saturn didakwa terselamat dalam kejadian pengeboman di Zoo Berlin pada November 1943. - FOTO: AGENSI
A
A

MOSCOW - Aligator yang terselamat dalam kejadian pengeboman di Zoo Berlin ketika Perang Dunia Kedua pada November 1943 yang turut membunuh kawanannya dilaporkan mati pada usia 84 tahun.

Spesies aligator Mississippi digelar Saturn itu dilahirkan di Amerika Syarikat pada 1936 sebelum dipindahkan ke Zoo Berlin dan kali terakhir ditempatkan di Zoo Moscow.

Pada 1946, ia ditemui tentera British dan diserahkan kepada pihak berkuasa Soviet serta terdapat khabar angin aligator era perang itu pernah menjadi sebahagian daripada koleksi peribadi pemimpin Nazi, Adolf Hitler. - Agensi


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus