Iran edar tablet antiradiasi, bayangan serangan nuklear?

Tablet kalium iodida digunakan sebagai langkah kecemasan bagi melindungi kelenjar tiroid daripada kesan pendedahan radiasi. Foto Agensi
Tablet kalium iodida digunakan sebagai langkah kecemasan bagi melindungi kelenjar tiroid daripada kesan pendedahan radiasi. Foto Agensi
A
A
A

TEHERAN - Iran didakwa mula mengagihkan tablet iodin antiradiasi kepada penduduk yang tinggal berhampiran kawasan Pickaxe Mountain, menurut laporan akhbar The Times of London.

Bagaimanapun, dakwaan itu dinafikan Ketua Pusat Perhubungan Awam dan Maklumat Kementerian Kesihatan Iran, Hossein Kermanpour.

“Ya, kami mengagihkan iodin. Presiden Donald Trump tidak lagi boleh dipercayai dan beliau mungkin sanggup melakukan jenayah yang mengorbankan orang tidak berdosa,” katanya seperti dipetik Al Jazeera yang memetik laporan The Times of London.

Menurut laporan itu, pengagihan tablet tersebut merupakan langkah keselamatan biasa yang dilaksanakan dalam lingkungan dua hingga tiga kilometer dari kemudahan nuklear ketika ketegangan meningkat sebelum ini.

Al Jazeera turut melaporkan seorang wartawan kanan mendakwa pegawai kerajaan telah dimaklumkan dalam satu taklimat baru-baru ini mengenai kemungkinan serangan Amerika Syarikat (AS) terhadap kemudahan nuklear Pickaxe Mountain yang mempunyai sistem pertahanan ketat.

Difahamkan, tablet kalium iodida (KI) digunakan sebagai langkah kecemasan bagi melindungi kelenjar tiroid daripada kesan pendedahan radiasi.

Pengambilan tablet KI membekalkan iodin stabil kepada kelenjar tiroid, sekali gus mengurangkan penyerapan iodin radioaktif-131 yang boleh meningkatkan risiko kanser tiroid

Kermanpour turut menegaskan tiada pegawai Kementerian Kesihatan Iran yang pernah memberikan kenyataan kepada The Times dan petikan yang dikaitkan dengan kementerian itu adalah palsu.

Jelasnya, sistem kesihatan Teheran berada dalam keadaan bersiap siaga bagi menghadapi pelbagai kemungkinan dan ancaman daripada pihak musuh.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun, beliau menjelaskan keputusan untuk mengisytiharkan negara dalam keadaan perang bukan terletak di bawah bidang kuasa kementeriannya. - Agensi

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!