Ingkar PKPB: 129 individu di Johor dikompaun RM1,000

Ayob Khan Mydin Pitchay
Ayob Khan Mydin Pitchay
A
A
A

JOHOR BAHRU - Sebanyak 129 individu dikenakan kompaun RM1,000 kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di negeri ini semalam.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, tiada sebarang tangkapan sewaktu pemeriksaan diadakan diadakan semalam ketika sambutan hari raya.

Katanya, dalam tempoh masa yang sama, sebuah premis kilang diarah tutup kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) PKPB.

"Sebanyak 15,677 premis telah diperiksa bermula 20 Mei sehingga semalam melibatkan kilang/pejabat,terminal pengangkutan awam, pasar awam, tempat ibadat, tempat riadah dan tapal pembinaan," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di sini hari ini.

Beliau menambah, polis turut menerima 69 permohonan untuk melakukan perjalanan rentas negeri semalam.

"Hanya 20 daripada permohonan itu yang diluluskan," katanya.

Artikel Berkaitan: