'Tiada istilah bernasib baik'

van Dijk
van Dijk
A
A
A

BEKAS pertahanan Liverpool, Steve Nicol menempelak kenyataan bekan pemain Chelsea, Michael Ballack yang menyatakan Virgil van Dijk hanya bernasib baik untuk menjadi pemain pertahanan terbaik dunia ketika ini.

Menurut Nicol, van Dijk layak untuk menjadi pemain terbaik dunia ketika ini berdasarkan kualiti yang dimilikinya.

"Van Dijk boleh menewaskan pemain lain secara fizikal. Ia tiada keraguan dan ia bukan satu perkara nasib.

"Anda boleh tengok corak permainannya. Dia sangat kental dan mampu membaca permainan dengan baik. Saya rasa dia pun boleh menandingi Didier Drogba jika bermain pada era tersebut," katanya.

Sebelum ini, Ballack menyifatkan pertahanan Belanda itu bernasib baik kerana tidak bermain pada era yang menyaksikan Liga Perdana Inggeris memiliki ramai penyerang hebat seperti Drogba, Frank Lampard, Alan Shearer, Thierry Henry, Wayne Rooney, Robin Van Persie, Carlos Tevez, Emmanuel Adebayor dan Diego Costa.

Malah, Ballack juga menyatakan bahawa van Dijk nampak bagus kerana kekuatan yang dimiliki Liverpool di semua bahagian pada ketika ini.

Dalam pada itu, Nicol meminta Ballack menyenaraikan kelemahan yang dimiliki van Dijk untuk membuktikan pemain pertahanan itu hanya bernasib baik untuk menjadi antara pemain terbaik di dunia.

"Saya sangat berminat untuk mengetahui di bahagian mana Ballack tidak suka dengan corak perminan van Dijk. Dari segi fizikal anda boleh buktikan dia tidak mampu mengalahkan penyerang lain termasuk Drogba? Jangan katakan kepada saya Drogba akan melepasinya dengan mudah.

Artikel Berkaitan:

"Banyak penyerang di EPL atau Liga Juara-Juara tidak mampu melepasinya dalam perlawanan. Saya yakin semua orang tahu dan boleh menilainya.

Bolehkah van Dijk membuat hantaran. Ya dia boleh. Jadi bahagian mana permainan van Dijk yang tidak disukai Ballack," katanya.