Isteri bekas ketua Interpol mohon suaka di Perancis

Wanita tersebut kini diletakkan di bawah perlindungan pihak berkuasa Perancis.
Wanita tersebut kini diletakkan di bawah perlindungan pihak berkuasa Perancis.
A
A
A

LYON - PERANCIS . Isteri kepada bekas ketua Interpol yang berdepan dakwaan rasuah telah memohon suaka di Perancis, menurut media tempatan, semalam.

Grace Meng dilaporkan berada di bandar Lyon yang turut menempatkan ibu pejabat Agensi Polis Antarabangsa itu sejak suaminya, Meng Hongwei 'hilang' sebelum disahkan ditangkap ketika beliau berkunjung ke China pada September lalu.

Grace memberitahu stesen radio Franceinfo dan akhbar Liberation bahawa dia bersama anak lelaki kembarnya masih berasa tidak selamat walaupun berada di bawah perlindungan polis Perancis.

"Kami sangat perlukan perlindungan dan bantuan kerajaan Perancis," ujarnya. - AFP

Artikel Berkaitan: