Dua lagi berita palsu tular di media sosial hari ini

Kenyataan Pasukan Respon Pantas KKMM hari ini.
Kenyataan Pasukan Respon Pantas KKMM hari ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pasukan Respon Pantas di bawah kendalian Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) menyangkal dua berita palsu yang tular di media sosial hari ini.

Menerusi kenyataan tersebut, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menafikan dakwaan bahawa Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah telah menarik balik kebenaran berhari raya dan tradisi ziarah ahli keluarga terdekat pada hari raya pertama Aidilfitri kerana ramai telah curi-curi merentas negeri untuk pulang ke kampung.

"KKM menegaskan kenyataan tersebut bukan daripada Ketua Pengarah Kesihatan dan menasihati orang ramai supaya berhenti menyebarkan berita berkenaan bagi mengelakkan kekeliruan," kata kenyataan Pasukan Respon Pantas KKMM sebentar tadi.

Selain itu, pihak pengurusan Pusat Beli-Belah Aman Central, Alor Setar, Kedah menafikan khabar angin terdapat kes koronavirus (Covid-19) di Aman Central seperti yang tular di media sosial.

"Pihak pengurusan berkenaan memberi jaminan bahawa Aman Central selamat untuk dikunjungi oleh orang ramai," kata kenyataan itu lagi.

Artikel Berkaitan: