Dua PPS masih dibuka di Kerian

No Image Caption
A
A
A

IPOH - Dua pusat pemindahan sementara (PPS) mangsa banjir dan ribut di daerah Kerian masih dibuka membabitkan 51 mangsa daripada 14 keluarga setakat jam 8 pagi ini.

Menurut portal info bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Changkat Lobak, Bagan Serai masih menempatkan 44 orang daripada 10 keluarga melibatkan penduduk Kampung Matang Tengah dan Jalan FT 147 Bagan Serai.

Sementara itu, tujuh orang daripada empat keluarga di kawasan Parit 3, Kampung Alor Setanggok pula kini ditempatkan di PPS SK Parit Haji Aman, Bagan Serai.

Selain itu, air Sungai Kerian di Samagagah menunjukkan paras normal iaitu 1.18 meter (m).

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) pula berkata, cuaca di sekitar Bagan Serai cerah dan air banjir juga sudah surut, bagaimanapun kesemua mangsa masih belum dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.- Bernama

Artikel Berkaitan: