34 ditahan berparti liar di homestay

Seramai 34 individu ditahan kerana melakukan parti liar di sebuah rumah inap desa di Senai, Kulai kelmarin.
Seramai 34 individu ditahan kerana melakukan parti liar di sebuah rumah inap desa di Senai, Kulai kelmarin.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Polis menahan 34 individu termasuk remaja yang mengadakan parti liar di rumah inap desa (homestay) di Senai Kulai, awal pagi kelmarin.

Mereka turut ditahan kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dengan berkumpul selain mengabaikan langkah pencegahan koronavirus (Covid-19).

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Johor, Asisten Komisioner Mohd Afzanizam Yahaya berkata, kesemua suspek ditahan itu berusia 16 hingga 38 tahun termasuk 21 lelaki tempatan, enam wanita tempatan dan tujuh warga Vietnam.

"Dalam serbuan antara jam 12.40 hingga 1 pagi itu, polis merampas dadah jenis serbuk ekstasi (247.29 gram), ketamin (8.07 gram) dan pil ekstasi (dua biji).

"Hasil saringan mendapati 28 suspek positif dadah dengan tiga daripadanya mempunyai rekod kesalahan lampau berkaitan jenayah.

"Semua suspek disiasat mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Peraturan 15 Perintah Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020 selain Akta Imigresen 1959/63," katanya dalam satu kenyataan.

Individu yang ditahan berusia 16 hingga 38 tahun termasuk 21 lelaki tempatan, enam wanita tempatan dan tujuh warga Vietnam.
Individu yang ditahan berusia 16 hingga 38 tahun termasuk 21 lelaki tempatan, enam wanita tempatan dan tujuh warga Vietnam.

Mohd Afzanizam berkata, kesemua suspek direman selama tujuh hari bermula semalam sehingga 25 Mei bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.

Artikel Berkaitan:

"Polis Johor mengingatkan orang ramai tidak melakukan sebarang pesta mahupun majlis keramaian ketika PKPB masih dikuatkuasakan pada masa kini, " katanya.