Tujuh jemaah maut dalam serangan masjid di Afghanistan

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KABUL - Sekurang-kurangnya tujuh jemaah masjid terbunuh dan 12 yang lain cedera dalam kejadian serangan tembakan di sebuah masjid di Afghanistan semalam.

Pihak berkuasa Afghanistan berkata, kejadian itu berlaku selepas sekumpulan penyerang memasuki masjid di Wilayah Parwan dan melepaskan tembakan ke arah jemaah yang sedang menunaikan solat sebelum melarikan diri.

Sehingga kini tiada pihak tampil mengaku bertanggungjawab atas peristiwa tersebut tetapi Kementerian Dalam Negeri Afghanistan menyalahkan kumpulan militan Taliban ke atas serangan itu.

Sementara itu, dalam kejadian berasingan lapan orang tentera terbunuh semasa melawan serangan Taliban ke atas Kunduz, bandar strategik di utara Afghanistan.

Data rasmi menunjukkan serangan bom dan keganasan lain oleh Taliban meningkat sebanyak 70 peratus sejak kumpulan itu menandatangani perjanjian damai dengan Amerika Syarikat pada Februari lalu. - Agensi

Artikel Berkaitan: