Curi-curi balik kampung: Lebih 3,000 kenderaan diarah patah balik

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Sahabudin Abdul Manan (dua kiri) bersama anggota polis dan tentera melakukan sekatan jalan raya di Tol Jawi bagi memantau kenderaan yang melakukan pergerakan rentas negeri tanpa kebenaran untuk menyambut Aidilfitri semalam. - Foto Bernama
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Sahabudin Abdul Manan (dua kiri) bersama anggota polis dan tentera melakukan sekatan jalan raya di Tol Jawi bagi memantau kenderaan yang melakukan pergerakan rentas negeri tanpa kebenaran untuk menyambut Aidilfitri semalam. - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Bilangan kenderaan yang diarah berpatah balik kerana cuba 'curi-curi' untuk pulang ke kampung berhari raya terus mencatatkan peningkatan berbanding kelmarin.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, setakat semalam, polis terpaksa mengarahkan sebanyak 3,212 kenderaan yang cuba merentas negeri dengan alasan terbabit.

"Kelmarin, lebih 1,000 kenderaan yang diarah berpatah balik dan kita anggap jumlah itu sangat tinggi tetapi semalam bertambah lagi sehingga lebih 3,200 kenderaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Rentas negeri balik kampung, jangan menyesal kemudian hari!

"Ini bermakna masih ramai yang minat balik kampung dan cuba melepaskan diri dari sekatan jalan raya," katanya pada sidang akhbar (Non-Health) selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di sini hari ini.

Katanya, setakat ini, polis bertegas tidak membenarkan sesiapa merentas negeri untuk pulang ke kampung kecuali terdapat kes kecemasan seperti kematian.

"Selain daripada itu terutamanya alasan untuk balik kampung berhari raya tidak dibenarkan dan akan diarahkan berpatah balik," katanya.

Dalam pada itu, polis turut menahan 44 individu kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

"Daripada jumlah itu, seramai 40 individu direman dan empat individu dijamin polis.

Artikel Berkaitan:

"Kompaun juga dikeluarkan kepada 51 individu atas kesalahan ingkar SOP," katanya.