Bantuan RM300 untuk pekebun kecil Risda

Bantuan Khas Hari Raya Aidilfitri 2020 sebanyak RM300 seorang diberikan secara 'one-off' kepada pekebun kecil Risda.
Bantuan Khas Hari Raya Aidilfitri 2020 sebanyak RM300 seorang diberikan secara 'one-off' kepada pekebun kecil Risda.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Bantuan Khas Hari Raya Aidilfitri 2020 sebanyak RM300 seorang diberikan secara 'one-off' kepada pekebun kecil Risda yang terjejas pendapatan akibat penularan wabak koronavirus (Covid-19).

Pengerusinya, Datuk Mohd Salim Mohd Sharif dalam satu kenyataannya berkata, kerajaan memperuntukkan sejumlah RM87,571,200 kepada 291,904 orang pekebun kecil yang berdaftar dengan Risda di seluruh negara.

Bagaimanapun katanya, bantuan diberikan kepada pekebun kecil memenuhi syarat-syarat kelayakan iaitu memiliki tanah berkeluasan di bawah 2.5 hektar dan juga pemilik tanah yzng sah.

“Penoreh bukan pemilik yang menoreh di kebun pekebun kecil berkeluasan di bawah 2.5 hektar serta tidak memiliki tanah bertanam getah juga layak menerima bantuan.

“Dengan syarat, penoreh mestilah mendapat pengesahan daripada pemilik tanah dan mereka perlu memiliki Kad PAT-G yang masih sah,” katanya.

Selain itu, bantuan hanya diberikan kepada salah seorang penerima sahaja sama ada pekebun kecil atau penoreh bukan pemilik bagi satu lot kebun yang sama.

Sementara itu katanya, penerima Bantuan Musim Tengkujuh (BMT 2019) akan menerima bantuan tersebut secara automatik ke akaun penerima yang didaftarkan.

"Pekebun kecil yang tidak tersenarai sebagai penerima boleh hadir di mana-mana Pejabat Risda dengan membuat temujanji terlebih dahulu untuk mengemukakan rayuan sekiranya memenuhi syarat-syarat ditetapkan.

Artikel Berkaitan:

“Kami merakamkan jutaan terima kasih kepada kerajaan atas keprihatinan membantu warga pekebun kecil. Moga bantuan ini dapat meringankan beban perbelanjaan harian akibat penularan wabak Covid-19 sempena Aidilfitri ini,” katanya.

INFO:

* Syarat-syarat dan borang permohonan boleh didapati di laman sesawang www.risda.gov.my dan laman facebook: RISDAMALAYSIA

* Pekebun kecil juga boleh menyemak status bantuan di www.webapp3.risda.gov.my